Pada usia 50 tahun, jiwa rock Amy terus kental.Pheee wheett!
Amy mencium pipi Nabila sebaik saja dia mengumumkan tarikh pernikahan anaknya.
Legenda bintang rock, Amy Search masih hebat walaupun usia sudah separuh abad.DIAM tak diam, rocker yang dilahirkan dengan nama Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan Amy sudah pun mencecah usia 50 tahun pada 28 Julai lalu. Masih hebat walaupun usia separuh abad, maka tidak hairanlah dia digelar ikon rock Malaysia. Tiada siapa yang mampu mengambil tempat lelaki dari selatan tanah air ini, yang nyata sudah memahat namanya dengan cukup kukuh dalam persada seni.
Dia sudah pun menjual ratusan ribu unit album, sama ada secara solo mahu pun berkumpulan. Search yang dianggotainya sejak lebih suku abad yang lalu bukan hanya menempa nama sebagai kumpulan rock terbesar negara ini, malah nama itu turut melepasi sempadan, masyhur di Indonesia. Bahkan, kejayaan mereka memasuki pasaran negara seberang kira-kira dua dekad yang lalu antara saat manis yang masih dikenang Amy, sehingga ke hari ini. "Ketika itu, Search dilihat begitu hebat. Ke mana saja kami pergi di negara terbabit, kami terpaksa dikawal kerana peminat yang mengerumuni begitu ramai," katanya ketika ditemui pada majlis ulang tahun hari lahirnya yang ke-50 anjuran isteri, Norish serta rakan rapat tanpa pengetahuan penyanyi ini.
Kononnya, Amy diundang menghiburkan tetamu pada satu majlis makan malam yang turut dihadiri seorang menteri. Begitupun, sebaik saja penyanyi ini menamatkan lagu pertama, Saat Ku Idamkan, lampu dewan utama dinyalakan dan di situ, Amy mendapati hampir kesemua rakan baiknya berada dalam dewan berkenaan sambil menyanyikan lagu hari jadi. Jika menguasai pasaran Indonesia sudah dilakukannya, maka apa lagi yang diidamkan rocker ini pada usia jubli emas? Terus terang Amy memberitahu, dia masih berharap dapat meraikan ulang tahun ke-25 kumpulan Search dengan sebuah konsert besar-besaran. "Nampaknya, impian kami untuk melakukannya pada ketika Search menyambut ulang tahun ke-25 tidak kesampaian. Namun saya tidak berputus asa. Walaupun usia Search menjangkau 27 atau 28 tahun sekali pun, saya tetap berazam untuk melihat sebuah persembahan besar-besaran kumpulan ini diadakan. "Saya yakin, peminat Search masih lagi ramai, baru dan lama. Justeru, konsert itu ibarat hadiah buat mereka yang setia memberikan sokongan," katanya sambil memangku anak lelakinya, Alexander Zulkarnain.
Menjadi impiannya juga adalah untuk melihat Madrasah Hajah Fatimah Abdul Rahman (nama yang dipilih sempena nama ibu dan bapanya) di Pekan Nanas, Johor, dapat dibangunkan pada tahun depan. Madrasah itu katanya, diharap dapat menampung pengajian 60 anak yatim - 30 pelajar lelaki dan 30 pelajar perempuan. Projek itu dikatakan menelan belanja sekitar RM3 juta. Pada hujung tahun ini pula, sebuah yayasan yang diusahakan Amy, Yayasan Isabella akan dilancarkan bagi membantu golongan miskin. "Selama 25 tahun bergelar anak seni, saya berasakan saya belum benar-benar memberikan sesuatu kembali kepada masyarakat. Jadi, madrasah inilah pemberian yang boleh dikatakan hadiah sebenar saya buat mereka," katanya mengenai projek amal di atas tanah seluar empat ekar itu. Mula teringin timang cucu PADA majlis hari lahirnya yang dihadiri lebih 200 tetamu terdiri daripada kenalan industri serta kawan sekampungnya, Amy turut mengumumkan berita mengenai perkahwinan anak sulungnya, Nabila Huda, bersama jejaka pilihannya, Zaidy Zailani (Edy), 27, yang akan berlangsung pada 6 Disember depan. Kata Amy, dia menyerahkan soal jodoh kepada anak perempuannya itu dan Nabila sendirilah yang memperkenalkan jejaka terbabit kepada dirinya secara rasmi, pada pertengahan Jun. "Memang agak mengejutkan apabila dia (Nabila) memberitahu hasratnya untuk mendirikan rumah tangga. Pada masa yang sama, saya amat gembira. Saya menyerahkan soal jodoh kepadanya. Dan kini, dia sudah bersedia untuk berkongsi hidup bersama pemuda yang sanggup sehidup semati bersama. Tiada apa yang saya mahukan selain kebahagiaan anak perempuan saya. "Saya juga teringin untuk menimang cucu dengan segera. Tetapi sebelum itu, saya sendiri sebenarnya berharap dapat menimang seorang lagi cahaya mata bersama isteri tercinta," kata bapa kepada empat anak ini. Mengenai perasaannya setelah memasuki usia separuh abad, Amy sambil tersenyum berkata, tidak ada apa yang dia perlu ditakutkan pada usia berkenaan dan dia masih lagi amat menyayangi dunia nyanyian dengan sepenuh jiwa. INFO: Ulang Tahun ke-50 Amy Search
PADA majlis hari jadinya, Amy turut dihiburkan oleh persembahan rakan artis seperti Fazli Zainal, Man Bai, Joey BPR, Nash, Hattan, Wings, Rahim Maarof, M Nasir dan Man Keedal. Yazid pula menghimpunkan beberapa rakan termasuk Joe Wings bagi menghidupkan semula semangat Search. Norish, Nabila dan Kat pula tidak ketinggalan menyanyikan lagu popular, Fantasia Bulan Madu, buat Amy. Artis yang berimej botak ini sendiri turut menyanyikan beberapa lagu untuk tetamu.
...ANTARA sahabat baik penyanyi rock itu yang memeriahkan acara ialah Datuk Aziz Bakar, Ali Bakar, Edrie Hashim, Ramli MS, Fatimah Abu Bakar, Suraya Al-Attas, Roslen Fadzil, Mas Omar, Johari Teh dan ramai lagi.
...DEWAN utama Hotel Crowne Plaza Kuala Lumpur dihias indah oleh Pak Abu, perancang perkahwinan dan pengaturcara majlis terkenal di ibu kota.
SELAMA beberapa hari merancang majlis, Norish turut beberapa kali 'ditegur' suaminya kerana asyik keluar rumah. Yang tidak disedarinya, Norish bersama beberapa rakan baik sibuk merancang kejutan terbesar buatnya.
...ANTARA hadiah yang diterima Amy ialah sebuah banglo mewah bernilai RM2.5 juta di Shah Alam pemberian teman rapat yang akan membantu mengendalikan Yayasan Isabella.
...DEWAN utama Hotel Crowne Plaza Kuala Lumpur dihias indah oleh Pak Abu, perancang perkahwinan dan pengaturcara majlis terkenal di ibu kota.
SELAMA beberapa hari merancang majlis, Norish turut beberapa kali 'ditegur' suaminya kerana asyik keluar rumah. Yang tidak disedarinya, Norish bersama beberapa rakan baik sibuk merancang kejutan terbesar buatnya.
...ANTARA hadiah yang diterima Amy ialah sebuah banglo mewah bernilai RM2.5 juta di Shah Alam pemberian teman rapat yang akan membantu mengendalikan Yayasan Isabella.
1 comment:
Probably I can say with this blog make, more some interesting topics.
Post a Comment